Islam2U - Islam itu satu cara hidup

Print
PDF

Soal Jawab Agama - Keadilan Didalam Bepoligami

Soalan : Assalamualaikum puan suzana,nama sy **** bt hus****. sy ada sedikit kemusykilan ttg poligami. sy skrg bermadu dan sy merupakan isteri pertama dan mempunyai 4 org anak hasil perkongsiaan sy bersama dgn suami.dan sy merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.manakala madu sy dh 3 thn berkahwin dan blm mempunyai anak.dan dia bekerjaya dgn pendapatan yg tinggi.yg memusykilkan sy adalah berkenaan nafkah yg sepatutnya suami berikan pd sy?adakah nafkah sy dan madu sy harus di bagi sama rata?pocket money sy dan madu sy harus di bagi sama rata?tolong jawab puan krn soalan ini memusykilkan sy.dan sy jugak inginkan keadilan terhadap diri sy..terima kasih..wassalam

Print
PDF

Selamat Menyambut Hari raya Aidilfitri 2012

ASSALAMUALAIKUM  WARAH MATULLAH HIWABARAKATUH.

Kepada semua Author dan Admin Islam2u.

Hanya sekelip mata Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan tiba Syawal indah dan hiba. Bertapa kita beruntung. Dengan puasa yang tidak pernah tidak dua tiga juadah berbuka. Dengan bersahur yang tidak sekali-kalinya makan hidangan semalam. Dan santap ala raja-raja Mesir. Sampai terkangkang kekenyangan. Maklumlah, bersahur pula kerana takutkan lapar bila berpuasa esoknya.

Jauh benar penghayatan puasa kita dari yang dituntut oleh Islam. Dan apabila berpuasa tidak pula kita menahan mata  dari melihat yang ‘singkat-singkat’. Tidak juga telinga kita  selamat dari perkataan-perkataan yang dusta dan sia-sia. Juga lidah kita tercela dengan perkataan-perkataan dan syair-syair yang merosakkan.

Print
PDF

Nama Dalam Islam

Diharuskan memberi nama-nama yang baik kepada anak-anak. Dan disini ada sebahagian dari nama-nama yang baik-baik maksudnya didalam bahasa Arab. Dan bolehlah untuk dijadikan pilihan. Sila download dan panjangkan kepada orang lain.

Jenis file  : Html
Terbitan  : http://Al-ahkam.com.my

DOWNLOAD DISINI :

Print
PDF

Perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat

Perempuan disunatkan dibezakan dengan lelaki dalam 5 perkara:

1)Menghimpunkan/merapatkan sesetengah anggota dengan lain ketika sujud. Iaitu dengan merapatkan kedua siku kepada dua rusuk ketika sujud dan merapatkan perut dengan kedua paha. Keadaan ini berbeza dengan lelaki yang disunatkan supaya merenggangkan dua sikunya dari dua rusuk dan mengangkat perutnya dari kedua pahanya.

Al-Baihaqi (2/232) meriwayatkan:

Nabi Muhammad saw telah berjalan di kawasan dua orang perempuan yang sedang bersembahyang,lalu Baginda bersabda:Apabila kamu berdua sujud,maka himpunkan/rapatkan sesetengah daging(anggota) ke bumi,sesungguhnya perempuan dalam masalah tersebut tidak sama dengan lelaki

2)Perempuan hendaklah merendahkan suaranya di khalayak lelaki yang bukan mahramnya. Oleh itu dia tidak boleh menyaringkan bacaan dalam sembahyang yang. dibaca dengan nyaring kerana bimbang berlakunya fitnah. Firman Allah taala..

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”