Islam2U - Islam itu satu cara hidup

Print
PDF

Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s

Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s.  semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.
“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha insyaallah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.

(Surah Al-Anbiyak : Ayat 87)


Doa Nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun. Ibnu sunni meriwayatkan Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa : "Barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah s.w.t. dari segala kesempitan". Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun.

Print
PDF

KITAB SIRR AL-ASRAR - SYAIKH ABDUL QADIR JAILANI rah.

DOWNLOAD KITAB SIRR AL-ASRAR KARANGAN SYAIKH ABDUL QADIR JAILANI rah.

UCAPAN UNTUK PARA PEMBACA


(Petikan surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani)

Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.

Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?

Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena.

Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:

Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah

Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.

Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).

Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.

Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.

DOWNLOAD FILE DISINI

Print
PDF

Puisi Dakwah

Tiada jalan mudah mencapai kejayaanDakwah memang bukan mudah
Tabahlah duhai hati
Kuatlah wahai iman
Teguhlah wahai jiwa

Jalan dakwah punya duri merata
Namun, terus melangkah tanpa curiga
Kerana pengorbanan itu dibalas redhaNYA
Meski hati terluka dengan manusia
Tapi sedarlah ALLAH setia menemani

Meski hati pedih berdarah terluka
Sifat mereka, ego mereka, kerenah mereka
Terlalu memenatkan hingga terasa lelah
Tahanlah air mata agar tidak tumpah
Pujuklah hati untuk terus tabah
Balutlah hati yang terluka berdarah
Print
PDF

Hak Isteri Kedua

Hak Isteri Kedua

1. Saya ingin tahu apakah hak-hak isteri kedua dalam sebuah perkahwinan kerana suami dan madu mengatakan isteri kedua tidak mempunyai hak dan tidak boleh menuntut apa-apa dari perkahwinan saya.

2. Suami sering melebihkan isteri pertama sama ada dari segi pembahagian nafkah dan giliran bermalam,bolehkah saya membuat aduan diatas perkara ini ke pejabat kadi.

3. Suami menyewakan saya sebuah rumah begitu juga dengan isteri pertama namun untuk pemberian nafkah hanya pihak isteri pertama menerima dengan alasan anak-anak di sana lebih ramai. Manakala untuk saya hanya jika ada lebihan jika tidak saya tidak dapat?

Jawapan

Berdasarkan Hukum Syarak dan peruntukan perundangan keluarga Islam yang dilaksanakan di Malaysia.Semua wanita yang telah dinikahi secara sah mengikut Hukum Syarak mempunyai hak yang sama, tiada perbezaan samada yang kedua,ketiga atau keempat. Tidak menjadi kesalahan sekiranya berlaku ketidaksamaratan pemberian hak kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada sekiranya ada KEREDHAAN di sisi mereka. Sekiranya isteri tidak redha, maka dibenarkan untuk mengemukakan permohonan mendapat keadilan melalui proses perbicaraan di Mahkamah Syariah. Konsep kesamarataan dan keadilan boleh diperolehi secara undang-undang di Mahkamah Syariah. Hakim Syarie akan membantu pasangan di dalam perbicaraan tersebut.

Jawapan disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor :

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”