Print
PDF

Secara mudah apa itu Qodariah dan Jabbariyyah

Qodariyyah (pengingkar taqdir) adalah fahaman yang meyakini bahawa amal dan perbuatan para hamba adalah bebas (atas kehendak dan ciptaannya sendiri), tidak terikat dengan taqdir, dan yang paling ekstrimnya beranggapan Allah tidak mengetahui selagi sesuatu belum terjadi.


Manakala Jabbariyyah (berserah kepada taqdir) adalah fahaman yang meyakini amal dan perbuatan para hamba diikat dengan kehendak dan ketetapan Allah semata-mata (secara paksa), tidak memiliki ruang untuk membuat pilihan atas amal dan perbuatannya.

Manakala Ahlus Sunnah (dalam mengimani taqdir) adalah pertengahan di antara dua aliran ekstrim tersebut.

Fahami lebih lanjut di buku, Misteri Taqdir!

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”