DERMA KILAT - JUTAAN TERIMA KASIH

Alhamdulillan... Langganan hosting dan domain telah diperbaharui untuk 2 tahun. islam2u.net hoting plan (16/11/2016 - 15/11/2018). Manakala untuk Domain pula, next due 26/06/2018.

Jumlah yang diperlukan: RM590.00
Jumlah Sumbangan: RM 500.00

Penyumbang:
- Tuan Alfakir Billah
- Hamba Allah
- Infaq atas nama ayahanda (Allahyarham Hj Othman bin Lateh)
- Puan Rahmah
- Infaq ata nama ibunda (Allahyarhamah Arbayah bte bahron)
- Hamba Allah

Jazakumullah Khairan. Semoga Allah jualah yang membalas budi kalian. Semoga Allah melipat gandakan rezeki kalian dengan rezeki yang barokah.

Print
PDF

Ramadhan datang lagi

Assalamualaikum kepada semua. Walau dimana saja kalian berada.


Semoga Allah melimpahkan keberkatanNYA didalam kehidupan kita. Dan memelihara kita semua dengan amalan dan akhlak yang terpuji. Pejam celik sudah kembali kepada Ramadhan semula. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan bulan yang penuh dengan keampunan, serta bulan yang mana terdapat satu malam yang dipanggil lailatul qadar. Yang ianya lebih baik dari seribu bulan, Allahuakbar!

 

بسم الله الرحمن الرحيم


97:1

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,


97:2

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?


97:3

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.


97:4

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

97:5

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Berazamlah :
1.    Untuk full terawih sama ada di masjid atau di rumah.
2.    Azam full al-Quran walaupun tak dapat khatam tak pe, janji sentiasa baca walaupun ulang lagi dan lagi surah yg pendek².
3.    Azam utk zikir sepanjang masa.


Dan yang paling penting. Ini adalah pesan seorang sahabat saya yang bernama Hasbullah. Katanya
1.    Perbaiki hubungan dengan Allah. Allah akan perbaiki hubungan kita sesama manusia,rumahtangga anak² dan kaum kerabat serta sahabat handai.
2.    Perbaiki amalan Agama kita, dan Allah akan aturkan dunia kita dengan mudah.


Subhanallah, Allah menuntut kehidupan manusia yakni hamba²NYA ini hanya 3 perkara.
1.    Beriman kepada DIA.
2.    Taat perintahNYA. Yaitu, buat apa yang disuruh, dan tinggalkan apa yang dilarang.
3.    Beribadat dan hiduplah mengikut sunnah² RasulNYA Muhammad saw.



“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”