Print
PDF

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

Surah Al-Kahf yakni beerti gua adalah surah yang ke 18 didalam Al Quran yang mengandungi 110 ayat.ia dinamakan Al-Kahf kerana dari ayat 9 hingga ayat 26 menceritakan penduduk gua yang ditidurkan oleh Allah selama lebih 300 tahun, demi iman mereka yang amat teguh terhadap dasar tauhid sebagaimana firman nya :

Maksudnya:
Atau kamu mengira bahawa orang orang yang mendiami gua dan yang mempunyai raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kami yang menghairankan? [QS. Al-Kahf : 9]



Dan ingatlah kamu, tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung kedalam gua lalu mereka berdoa "wahai tuhan kami,berikanlah rahmat kepada kami dari sisimu dan sempurnakanlah bagi kami pertunjuk yang lurus dalam urusan kami. [QS. Al-Kahf : 10]



Maka kami tutup telinga mereka beberapa tahun lamanya didalam gua itu [QS. Al-Kahf : 11]

 


Kemudian kami bangunkan mereka agar kami mengetahui manakah diantara kedua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lama mereka tinggal didalam gua itu. [QS. Al-Kahf : 12]


Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. [QS. Al-Kahf : 13]


Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna". [ QS. Al-Kahf : 16]


Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. [Al-Kahf : 18]



Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. [Al-Kahf :19]


"Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya". [Al-Kahf ayat: 20]


Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka". [ QS. Al-Kahf : 21]


Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". [ QS. Al-Kahf : 23]


Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". [ QS. Al-Khf : 24]

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). [QS. Al-Kahf : 25]


Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya. [ QS. Al-Kahf : 26]

Banyak  terdapat hadis Rasulullah saw yang menyatakan berbagai fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Kahf,diantaranya ialah sabda baginda yang diriwayatkan oleh al Baihaqi dari Abi Said al khudri yang bermaksud :
“sesiapa yang membaca surah Al-Kahf pada malam jumaat maka terpancarlah cahaya diantaranya dan baitullah.”

Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda' ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda:
“ sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal”

Iaitu ayat dibawah ini


Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda' ra. bahawa Nabi saw bersabda : “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”

Iaitu ayat dibawah ini.


Daripada Muaz ibnu anas al Juhari,daripada bapanya,daripada Nabi saw Baginda bersabda :
“sesiapa membaca dari surah Al-Kahf maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhan ayat Al-Kahf maka jadilah baginya cahaya antara langit dan juga bumi.”  

Dan daripada Umar ra. bahawa beliau berkata, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud : “sesiapa yang membaca surah Al-Kahf pada hari jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya dihari kiamat dan diampunkannya antara 2 jumaat.”

Selain dari itu ada sebuah lagi hadis menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “sesiapa yang membaca surah Al-Kahf pada malam atau siang jumaat, maka diampunkan dosanya hingga jumaat akan datang, dan 70 ribu malaikat memohonkan rahmat kepada Allah hingga waktu subuh dan dijauhkan Allah dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta'un , penyakit sopak dan dijauhkan dari fitnah dajjal.”

Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.”  

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”