DERMA KILAT - JUTAAN TERIMA KASIH

Alhamdulillan... Langganan hosting dan domain telah diperbaharui untuk 2 tahun. islam2u.net hoting plan (16/11/2016 - 15/11/2018). Manakala untuk Domain pula, next due 26/06/2018.

Jumlah yang diperlukan: RM590.00
Jumlah Sumbangan: RM 500.00

Penyumbang:
- Tuan Alfakir Billah
- Hamba Allah
- Infaq atas nama ayahanda (Allahyarham Hj Othman bin Lateh)
- Puan Rahmah
- Infaq ata nama ibunda (Allahyarhamah Arbayah bte bahron)
- Hamba Allah

Jazakumullah Khairan. Semoga Allah jualah yang membalas budi kalian. Semoga Allah melipat gandakan rezeki kalian dengan rezeki yang barokah.

Print
PDF

Soal Jawab Agama - Keadilan Didalam Bepoligami

Soalan : Assalamualaikum puan suzana,nama sy **** bt hus****. sy ada sedikit kemusykilan ttg poligami. sy skrg bermadu dan sy merupakan isteri pertama dan mempunyai 4 org anak hasil perkongsiaan sy bersama dgn suami.dan sy merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.manakala madu sy dh 3 thn berkahwin dan blm mempunyai anak.dan dia bekerjaya dgn pendapatan yg tinggi.yg memusykilkan sy adalah berkenaan nafkah yg sepatutnya suami berikan pd sy?adakah nafkah sy dan madu sy harus di bagi sama rata?pocket money sy dan madu sy harus di bagi sama rata?tolong jawab puan krn soalan ini memusykilkan sy.dan sy jugak inginkan keadilan terhadap diri sy..terima kasih..wassalam

Jawapan : Di atas adalah satu emel yg dikirimkan kpd sy. Buat pengirim emel dan mereka yg mempunyai masalah serupa, berikut ialah jawapannya:

Adil merupakan syarat wajib dalam keharusan berpoligami. Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.

Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk di dalam tuntutan keadilan kerana ianya di luar kawalan manusia dan bersifat relatif. Walaupun begitu suami tetap dilarang daripada menzahirkan secara jelas tentang perbezaan ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Nisak ayat 129 yang bermaksud: “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.)

Menyentuh tentang nafkah, seorang suami wajib menyediakan keperluan setiap isterinya dan anak-anaknya. Adil dlm konteks ini dikira apabila si suami memberikan yang wajib dan perlu kepada setiap isteri dan anak-anaknya dan BUKAN BERIKAN SAMA BANYAK.

Sebagai contoh, isteri pertama ada lima anak dan isteri kedua hanya ada dua anak, sudah tentulah keperluan isteri pertama lebih berbanding isteri kedua. Maka si suami wajib berikan wang yang lebih kepada isteri pertama bagi menampung keperluan tersebut.

Tentang wang poket pula, suami sekadar wajib berikan kepada isteri bagi tujuan kecemasan sahaja dengan syarat, segala keperluan rumahtangga telah disediakan termasuk untuk tabungan dan lain-lain keperluan isteri sahaja. Kalau duit poket untuk berpoya-poya dan bersenang-senang hingga mengabaikan tanggungjawab sbg seorang isteri dan ibu, itu bukanlah tanggungjawab suami.

Tanggungjawab suami ini takkan terbatal hanya kerana si isteri bekerja bermaksud kalau pun isteri kedua bekerja dan isteri pertama tidak bekerja, tanggungjawab suami kepada kedua-dua isteri adalah sama sahaja iaitu menyediakan segala keperluan untuk isteri-isteri dan anak-anaknya.

Sama seperti pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal kepada setiap isteri-isterinya malah apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan isteri.

Menurut Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar dalam bukunya Ta’addud al-Zawjat min al-Nawahi al-Diniyyah wa al-Ijtima’iyyah wa al-Qanuniyyah: “pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri bahkan dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama.” Walau bagaimanapun, dari segi psikologi, menempatkan ister-isteri dalam rumah yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan perasaan. Maka sebaiknya diasingkan.

Keperluan tempat tinggal juga serupa dengan pemberian nafkah zahir iaitu sebagai satu keperluan semata-mata dan bukan kemewahan. Jika isteri pertama tinggal di rumah yang ada lima bilik sebab mempunyai empat anak, tidak wajib isteri kedua yang ada dua anak diberikan rumah yg ada empat bilik juga.

Paling penting, fahami konsep adil tersebut, bukannya sama rata tapi kena pada tempatnya. Wallahua'lam...

Artikel dipetik dari : http://bersamasuzana.blogspot.com/2009_11_01_archive.html

Ehsan : Suzana Ghazali
http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/

-    Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie
-    Kolumnis tetap Resipi Hidup Mingguan Wanita, Dilema Perkahwinan Pa&Ma dan Cermin Diri Kosmo!
-    Aktif memberikan ceramah dan kursus berkaitan
-    Panel jemputan di RTM, Media Prima dan Astro
-    Berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”