Print
PDF

FIRMAN ALLAH KEPADA PENGHUNI SYURGA

________________________________________
FIRMAN ALLAH KEPADA PENGHUNI SYURGA
________________________________________

Ertinya :
Dari Atha' bin Yasar dari Abu Sa'id Al Khudri ra., ia berkata : "Rasulullah saw. bersabda : "Sesungguhnya Allah berfirman kepada penghuni syurga : "Wahai penghuni syurga". Mereka menjawab : "Kami perkenankan panggilan Mu, dan kebahagian Mu, wahai Tuhan kami". Tuhan berfirman : "Apakah kalian ridha ?" Mereka menjawab : "Mengapa kami tidak ridha, sedangkan Engkau telah memberikan kepada kami sesuatu yang tidak diberikan kepada seseorang dari makhluk Mu ?" Tuhan berfirman : "Aku memberikan kepadamu yang lebih utama dari itu". Mereka berkata : "Wahai Tuhan, apakah yang lebih utama dari itu?". Tuhan berfirman : "Aku tempatkan keredhaan Ku atasmu, Aku tidak murka kepadamu selamanya". (Hadits ditakhirj oleh Bukhari)

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”