Print
PDF

Sejarah Palestin - part 5

Penentangan Bangsa Palestin ke atas Penjajahan

Tempoh 1967-1970 merupakan era keemasan terhadap perjuangan pembebasan Palestin. Sehinggalah rakyat Palestin dilarang menggunakan bumi Jordan sebagai medan pada tahun 1971. Walaupun selepas itu ia menjadikan Lubnan pusat perjuangan tetapi cabaran dan korban meningkat ketika berlakunya perang saudara di Lubnan pada era 1975-1990. Ini telah menyebabkan permusuhan yang berterusan antara Lubnan dan Zionis. Sehinggalah menyerang selatan Lubnan pada 1978 sehingga Lubnan mengarahkan PLO dan pejuang-pejuangnya meninggalkan Lubnan maka tertutuplah sempadan negara arab bagi semua pejuang Palestin.

 

Dalam bentuk lebih umum, revolusi Palestin menghadapi tekanan yang kuat dari saudaranya Bangsa Arab (yang sangat memusuhi) dengan membersihkan keupayaannya dan mengalirkan darah mereka dalam pergelutan dengan badan-badan Arab yang cuba untuk membelenggu dan mengawalnya, serta bercakap bagi pihaknya dan menginjak pundaknya. Selepas peperangan Oktober 1973 menentang Zionis, peperangan ini merealisasikan asas-asas kemenangan moral bagi Syria dan Mesir. Kemudian pengiktirafan rasmi ke atas PLO sebagai wakil tunggal yang sah untuk rakyat Palestin 1974. Menjadikan Arab mula kurang merasai tanggungjawab ke atas isu Palestin; Mesir menandatangi Perjanjian Camp David September 1978 maka telah keluar kekuatan yang besar dari Ikatan Arab dalam peperangan Arab-Zionis. Kemudian tercetus perang Iran-Iraq 1980-1988 menjadi factor kejatuhan harga minyak maka sejumlah besar negara teluk menghentikan pendanaan kepada penentangan Bangsa Palestin ditambah pula serangan Iraq ke atas Kuwait 1990. Perang teluk telah menyebabkan pecah belah Arab Islam lebih luas. Diikuti dengan keruntuhan Kesatuan Soviet dan Kuasa Timur. Semua ini menyebabkan kelemahan penentangan dan kecenderungan kepimpinan PLO kepada perjanjian damai. Diikuti dengan pengecutan kegiatannya dalam daerah “keupayaannya” terutama dengan adanya persediaan individu pada kepimpinan PLO untuk menyingkirkan beberapa prinsip bagi membolehkan mereka terus memegang kerusi dalam PLO sekaligus menjadi wakil rakyat Palestin.

Apabila PLO semakin lemah golongan yang setuju kepada idea perdamaian dengan Zionis telah menguasai pertubuhan sehinggalah akhirnya mereka mengisytiharkan pengiktirafan keputusan PBB bernombor 181 yang membawa kepada pemisahan Palestin kepada dua negara antara Arab dan Yahudi. Dan juga keputusan Majlis Keselamatan bernombor 242 yang dikeluarkan pada November 1967 yang menyatakan isu palestin adalah isu pelarian yang menyeru penyelesaian isu Palestin dibuat di meja rundingan. Pada Oktober 1991 PLO dan negara Arab menyertai perjanjian damai yang langsung dengan ZIonis di Madrid. Selama tempoh dua tahun tiada apa-apa persetujuan dapat dibuat dengan Zionis. Tidak berlaku sebarang jalan keluar kecuali melalui siaran persidangan rahsia yang berlainan telah dibuka pada Disember 1992, ini telah menyebabkan apa yang dikenali sebagai perjanjian Oslo atau (Ghazza-Ariha pada mulanya.) yang dimeterai di Oslow, Norway, dan ditandatangani oleh PLO dan Zionis di Washington pada 31 Disember 1993.

Kepimpinan PLO mengiktiraf hak kewujudan Israel melalui perjanjian Ghazza-Ariha. Dengan mengesahkan 77% dari bumi Palestin milik Israel. Dengan PLO berjanjian akan menghentikan penentangan bersenjata dan Intifadhah sebagaimana PLO menjanjikan akan menghapuskan kesemua dasar  yang menyeru kepada pembebasan seluruh Palestin dan penghapusan Zionis dalam perlembagaan negara. Selain menjanjikan akan menyelesaikan semua masalah dengan melalui rundingan. Dengan perjanjian ini PLO merombak secara praktis entitinya, matlamatnya,dan perlembagaannya. Imbalan dari itu Presiden PLO diiktiraf oleh Israel sebagai wakil rasmi rakyat Palestin dan diberi kuasa Autonomi di Ghazza dan beberapa bahagian dari Tebing Barat, sehingga selesai penyelesaian isu-isu utama lain dalam tempoh lima tahun.

Perjanjian Oslo (Ghazza-Ariha) mendapat tentangan yang kuat dari Rakyat Palestin, Arab dan Islam. Antara inti penentangan:

  • Ulama’ yang seqah mengeluarkan Fatwa Haram berdamai dengan Zionis, bahkan menyeru kepada jihad bagi membebaskan tanah yang dijajah dan mengembalikannya secara menyeluruh kepada panji Islam. Mereka menganggap ia adalah perperangan antara hak dan batil yang mesti diwarisi dari satu generasi ke generasi sehinggalah datangnya bantuan Allah dan kemenangan. Dengan mengingatkan bahawa Palestin adalah tanah wakaf orang Islam tidak seorangpun berhak melepaskannya dan tidak ada satu generasi walaupun selemah mana mereka untuk membiarkan generasi akan datang tidak memiliki haknya. Sebagaimana isu Palestin adalah isu seluruh umat Islam yang enggan melepaskan hak mereka di dalamnya selama manapun dan bukanlah ia isu orang Palestin sahaja apatah lagi dikhususkan oleh PLO dan kepimpinannya sahaja.
  • Kepimpinan PLO bersendirian dalam membuat keputusan pada perjanjian Oslo tanpa merujuk kepada rakyat Palestin, Ketika mendapat tentangan yang kuat berkaitan perjanjian ini di kalangan Islamiyyin, Nasionalis, Golongan Kiri yang sama rata, bahkan dalam Gerakan FATAH sendiri.
  • Perjanjian ini mempercepatkan dalam memutuskan beberapa keputusan yang besar dan kebanyakannya isu sensitif. Kandungannya berkait dengan “kemuliaan” pihak Zionis yang menggunakan kekuatannya ke atas kelemahan pihak palestin, isu yang ketara dalam perjanjian ini ialah:
  1. 1. Masa depan Bandar al Quds.
  2. 2. Masa depan pelarian Palestin.
  3. 3. Masa depan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Ghaza.

Setelah lebih 8 tahun tempoh perjanjian, tiada suatupun isu besar dapat diselesaikan. Manakala Zionis menggunakan tempoh itu bagi meyahudikan tanah jajahannya tanpa menghormati sebarang isi perjanjian . Pentadbiran Bandar dan keamanan yang diserahkan kepada PLO di Tebing Barat tidak lebih 18%, manakala di Ghaza hanya 60 %, ini bermakna hanya 4.72 % sahaja dari keluasan Palestin yang sebenar. Manakala kawasan yang berada di bawah PLO dengan pantauan Zionis adalah sekitar 24% di Tebing Barat , baki 58% dikawal penuh oleh ZIonis. Beserta 40% di Ghazza turut dikuasai PLO dengan pantauan dari Zionis.

  • Projek ini selari dengan matlamat Yahudi memecahkan kawasan penempatan yang padat dengan penduduk Palestin. Ia merupakan permasalahan bagi Israel dalam isu keamanan dan ekonomi. Bahkan mereka berhasrat untuk menghapuskan status Ghazza sebagai Bandar paling padat penduduk di dunia. Tawaran ini pernah disampaikan kepada Mesir tetapi ditolak.
  • Hasilnya PLO mendapat kerajaan sendiri yang berkuasa secara terhad di bawah penjajah, bahkan dibawah seliaannya secara langsung. Zionis mempunyai kuasa membantah (Veto) dalam keputusan dan undang-undang Kerajaan Palestin di bawah PLO. Sebagaimana mereka telah mengharamkan Kerajaan Palestin menubuhkan unit ketenteraan Khas. Bahkan Kerajaan Palestin tidak boleh membawa masuk sebarang senjata ke dalam Palestin melainkan dengan izin Zionis.
  • Kerajaan autonomi terdesak untuk menghentikan dan menghalang sebarang operasi ketenteraan ke atas Zionis. Serta menangkap mujahid dari gerakan Palestin semata untuk mengukuhkan “niat sucinya” dan penjagaannya terhadap Islam. Sehinggakan mereka menubuhkan 9 unit khas untuk meninjau kegiatan rakyat Palestin. Bahkan unit untuk memperkukuhkan ekonomi, politik dan kemasyarakatan adalah jauh lebih lemah. Selain bercambah kebinasaan dalam unit-unit pemerintahannya, penangkapan ke atas mujahidin tidak berkurangan sehinggalah tercetus intifadhah al Aqsha pada tahun 2000.
  • Sempadan sempadan dipayungi oleh kekuasaan Israel. Keluar masuk ke dalam kawasan yang berada di bawah penguasaan Palestin haruslah mendapat keizinan Zionis atau sebaliknya.
  • Perjanjian tidak menunjukkan kepada hak Rakyat Palestin dalam keputusan untuk pulang serta menubuhkan negara mereka sendiri sebagai negara merdeka dan tidak pula memperkatakan tentang Tebing Barat dan Ghazza sebagai tanah-tanah yang dijajah.
  • Perjanjian ini membuka pintu kepada perdamaian bagi negara-negara Arab dan Islam untuk mengikat perjanjian dan membina hubungan dengan rejim Zionis. Ini memberi peluang kepada Zionis untuk bermaharajalela di Palestin dan merealisasikan penguasaan ekonomi. Sekaligus membantai kekuatan Islam dan penduduk tempatan.

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”