DERMA KILAT - JUTAAN TERIMA KASIH

Alhamdulillan... Langganan hosting dan domain telah diperbaharui untuk 2 tahun. islam2u.net hoting plan (16/11/2016 - 15/11/2018). Manakala untuk Domain pula, next due 26/06/2018.

Jumlah yang diperlukan: RM590.00
Jumlah Sumbangan: RM 500.00

Penyumbang:
- Tuan Alfakir Billah
- Hamba Allah
- Infaq atas nama ayahanda (Allahyarham Hj Othman bin Lateh)
- Puan Rahmah
- Infaq ata nama ibunda (Allahyarhamah Arbayah bte bahron)
- Hamba Allah

Jazakumullah Khairan. Semoga Allah jualah yang membalas budi kalian. Semoga Allah melipat gandakan rezeki kalian dengan rezeki yang barokah.

Print
PDF

Aku merindui Mu

Ramadhan ya ramadhan, datang mu dinanti pergimu dicari.. besarnya rahmatMu pada hamba-hambaMu. Walau banyak dosa yang kita lakukan namun Allah tidak pernah lupa pada kita. DIA sentiasa membuka jalan pada hamba-hambanya yang dhaif utk memohon keampunan kepadaNYA.

"Ya Allah besarnya rahmatMU. Engkau anugerahkan bulan ramadhan untuk hamba-hambaMU menggandakan amalan. Bulan yang mulia, bulan untuk beribadah, bulan keberkatan dan bulan penuh rahmat, bulan memohon keampunan, bulan malaikat merendahkan sayap menghitung pahala berganda. Ya Allah, menitis air mata  mengenangkan dosa yang kami lakukan. Kami mengharapkan keampunanMu. Ampunkanlah kami, panjangknlah umur kami supaya kami sempat bertemu dengan Ramadhan kali ini, kerana kami terlalu merinduinya.

Ya Allah. dalam bulan yang mulia ini Engkau menjanjikan seribu rahmat dan ganjaran pahala yang berganda. Yang mana, setiap satu pahala ibadah Engkau gandakan sebanyak  70."

Bersyukurlah kita kepadaNya dikurniakan bulan ini. Tidak dapat dibayangkan bagaimana dengan amalan kita andai tiada bulan Rahmat ini, bertapa sedikitnya untuk dihitung. Tidak malukah kita kepada Allah?

Sempena bulan mulia yang akan tiba, marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah SWT. Marilah kita memperbanyakkan amalan seperti bersedekah, membaca quran dan qiamullail yang sudah tentunya dijanjikan pahala yang berganda-ganda. Rahmat dan kasih-sayangNya terlalu besar untuk hamba-hambanya.

Bulan yang menguji kesabaran, bulan keinsafan, bulan yang mana dibukakan pintu syurga seluas-luasnya dan ditutup kesemua pintu-pintu neraka. Ketika itu, dibelenggu semua syaitan yang direjam dan dihentikan azab di pusara.

Kita bukan sahaja dikurniakan bulan rahmat ini tetapi di sepuluh malam terakhir kita akan dikurniakan malam Lailatul Qadar. Yang mana malam terbaik yang diumpamakan seribu bulan. Beruntunglah bagi mereka yang mendapatkannya.

Dalam kita menghitung hari menuju ke bulan Ramadhan, marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadah kita supaya ia diterima disisi Allah SWT. Lakukanlah amalan kita dengan penuh kesabaran, keinsafan dan penuh keikhlasan kepada Allah SWT. Niatkanlah semua amalan kita itu kerana Allah SWT. Andai kita sempat dengan Ramadhan kali ini bersyukurlah kepada Allah dan doakanlah agar kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.

Andai tersilap langkah dalam hidup, mohonlah keampunan dari Allah. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNYA yang ingin bertaubat. Masih belum terlambat untuk kita memohon keampunan. Janganlah kita berputus asa dari Rahmat dan kasih-sayangNYA.

"Aku mengingatkan kalian, kerana kalian adalah saudaraku. Aku terlalu menyayangi saudara-saudaraku. Aku menyayangi kalian kerana Allah SWT.

Saya menghasilkan nukilan ini bukan sekadar memberi nasihat kepada orang lain tetapi lebih kepada mengingatkan diri sendiri yang terlalu dhaif dan yang selalu alpa dan leka dengan nikmat dunia. Semoga ia membantu kalian dan diri saya sendiri untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Marilah sama-sama kita melakukan perubahan dalam diri kita. Andai buruk, kita elokkan, yang sudah elok kita indahkan.

Akhir kata, saya memohon  seribu kemaafan dari semua andai ada khilaf dalam menulis coretan yang tidak seberapa ini. Semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati dan bersama di setiap perjalanan hidup kalian.

wallahu a'lam.nukilan, Hamba dhaif yang menyayangi kalian kerana Allah SWT. "

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”