DERMA KILAT - JUTAAN TERIMA KASIH

Alhamdulillan... Langganan hosting dan domain telah diperbaharui untuk 2 tahun. islam2u.net hoting plan (16/11/2016 - 15/11/2018). Manakala untuk Domain pula, next due 26/06/2018.

Jumlah yang diperlukan: RM590.00
Jumlah Sumbangan: RM 500.00

Penyumbang:
- Tuan Alfakir Billah
- Hamba Allah
- Infaq atas nama ayahanda (Allahyarham Hj Othman bin Lateh)
- Puan Rahmah
- Infaq ata nama ibunda (Allahyarhamah Arbayah bte bahron)
- Hamba Allah

Jazakumullah Khairan. Semoga Allah jualah yang membalas budi kalian. Semoga Allah melipat gandakan rezeki kalian dengan rezeki yang barokah.

Print
PDF

Semangat Keagamaan Di Kalangan Wanita - Tasbih Fatimah r.anha

Apabila wujud semangat keagamaan dan semangat untuk berbuat amal soleh di kalangan wanita maka sudah pasti kita dapat melihat kesan daripada keadaan itu pada anak-anak.

Namun, perkara ini bertentangan dengan keadaan kita pada zaman ini iaitu sejak awal-awal lagi anak-anak itu dibesarkan dalam satu suasana yang bertentangan dengan keagamaan atau paling kurang pun suasana yang tidak mengendahkan agama.

Apabila kehidupan bermula dalam suasana seperti itu maka akibatnya dapat kita bayangkan.

Tasbih Fatimah r.anha

Hazrat 'Ali r.a berkata kepada salah seorang muridnya, "Mahukah ,saya ceritakan kisah saya dengan Fatimah r.anha laitu puteri Rasulullah yang paling disayangi?"

Murid itu menjawab, "Sudah pasti."

Beliau pun berkata, "Fatimah r.anha biasanya menggunakan tangannya untuk mengisar bijian yang menyebabkan tangannya menjadi kasar. Beliau juga mengisi air ke dalam bekas yang dibuat daripada kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga meninggalkan kesan di dadanya akibat daripada tali bekas tersebut. Beliau sendiri menguruskan rumahnya, menyapu dan sebagainya sehingga menyebabkan pakaiannya selalu kotor. Pada suatu ketika beberapa orang hamba perempuan telah dibawa kepada Nabi s.a.w. Saya pun menyuruh Fatimah r.anha, "Kamu pergilah kepada Rasulullah dan minta seorang pembantu agar kamu mendapat bantuan daripadanya."

Beliau kemudian pergi bejumpa Nabi s.a.w tetapi beliau mendapati ramai orang berada di situ. Beliau ialah seorang yang sangat pemalu. Lantaran sifat pemalunya, beliau tidak mahu meminta kepada bapanya di hadapan orang ramai walaupun itu merupakan bapanya sendiri, maka beliau pun pulang.

Pada keesokan harinya, Rasulullah s.a.w datang sendiri dan bersabda, "Fatimah, untuk tujuan apakah engkau pergi ke sana?"

Oleh kerana perasaan malu, beliau mendiamkan diri sahaja. Saya (Hazrat 'Ali r.a) pun berkata, "Ya Rasulullah, kesan daripada batu pengisar, tangannya menjadi kasar. Kesan daripada tali bekas air, dadanya telah berparut. Sementara urusan rumahtangga yang lain menyebabkan pakaiannya selalu dalam keadaan kotor. Kelmarin saya memberitahunya mengenai hamba-hamba yang telah sampai kepada tuan, supaya dia pun dapat meminta seorang hamba. Oleh kerana itulah dia telah pergi kepada tuan."

Dalam sesetengah riwayat yang lain Hazrat Fatimah r.anha memberitahu. "Ya Rasulullah, saya dan 'Ali hanya mempunyai satu alas tidur, itu pun daripada kulit domba. Pada malam hari kami membentangkan alas itu dan kami tidur di atasnya dan pada waktu Siang kami tabur rumpus dan bijian di atasnya untuk memberi makan unta."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai anakku, bersabarlah. Nabi Musa a. s. dan isterinya memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga sepuluh tahun. Itupun hanya jubah Nabi Musa a. s. Itulah yang dibentang dan mereka tidur di atasnya. Takutlah kepada Allah s.w.t, hasilkanlah sifat takwa dan tunaikanlah tugas dan kewajipanmu terhadap Allah s.w.t dan sempurnakanlah tugas-tugas rumahtanggamu. Apabila kamu hendak tidur maka bacalah Subhanallah tiga puluh tiga kali, Alhamdulillah tiga puluh tiga kali dan Allahuakbar tiga puluh empat kali. Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada hamba."

Hazrat Fatimah r.anha pun berkata, "Saya reda dengan Allah s.w.t dan rasulNya." [Abu Daud]

 

Keterangan
Yakni saya menerima kehendak Allah s.w.t dan rasulNya terhadap saya dengan sukacita. Lihatlah, beginilah kehidupan puteri ketua segala rasul. Sekiranya di kalangan kita hari ini terdapat seseorang yang mendapat pendapatan yang lebih sedikit, isterinya bukan setakat tidak melakukan urusan rumahtangga malah urusan dirinya sendiri pun tidak akan dilakukan. Untuk ke tandas pun perlu ada orang yang berkhidmat kepadanya.

Dalam kisah ini perkara yang disebutkan hanyalah zikir ketika hendak tidur. Dalam hadith yang lain disebutkan juga mengenai membaca tasbih-tasbih ini setiap kali selepas solah. Tiga puluh tiga kali bagi setiap kalimah di atas dan sekali,

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”