DERMA KILAT - JUTAAN TERIMA KASIH

Alhamdulillan... Langganan hosting dan domain telah diperbaharui untuk 2 tahun. islam2u.net hoting plan (16/11/2016 - 15/11/2018). Manakala untuk Domain pula, next due 26/06/2018.

Jumlah yang diperlukan: RM590.00
Jumlah Sumbangan: RM 500.00

Penyumbang:
- Tuan Alfakir Billah
- Hamba Allah
- Infaq atas nama ayahanda (Allahyarham Hj Othman bin Lateh)
- Puan Rahmah
- Infaq ata nama ibunda (Allahyarhamah Arbayah bte bahron)
- Hamba Allah

Jazakumullah Khairan. Semoga Allah jualah yang membalas budi kalian. Semoga Allah melipat gandakan rezeki kalian dengan rezeki yang barokah.

Print
PDF

Ketakutan Hazrat Abu Bakar r.a Terhadap Allah s.w.t

Menurut ijma' (kata sepakat) ahli sunnah wal jama'ah, Hazrat Abu Bakar r.a ialah lelaki yang paling afdal selepas para nabi a.s. Kedudukan beliau sebagai ahli syurga sudah pasti. Nabi sendiri pernah memberi berita gembira kepada beliau tentang kedudukan beliau di dalam syurga. Bahkan diberitahu bahawa beliau akan menjadi ketua kepada satu kumpulan ahli syurga. Semua pintu syurga akan menyeru dan memanggil nama beliau.

Baginda pernah bersabda, "Abu Bakar ialah orang yang mula-mula sekali akan memasuki syurga di kalangan umatku."

Walaupun mempunyai segala kelebihan ini, kadang-kadang beliau berkata. "Alangkah baik andainya aku sebatang pokok yang akan ditebang."

Kadang-kadang beliau berkata. "Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang akan dimakan oleh haiwan temakan."

Kadang-kadang beliau berkata. "Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan seorang mukmin."

Pada suatu ketika beliau telah memasuki satu kebun dan melihat seekor haiwan sedang duduk. Beliau menghela nafas panjang sambil berkata, "Betapa gembira hidupmu. Kamu makan, kamu minum. kamu ke sana dan ke mari di bawah naungan pokok-pokok dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisaban pun ke atasmu. Alangkah baiknya kalau Abu Bakar seperti kamu." [Tarikhul Khulafa']

Hazrat Rabi'ah Aslami r.a menceritakan, "Pernah sekali berlaku pertengkaran antara saya dengan Hazrat Abu Bakar r.a kerana sesuatu perkara. Beliau telah mengatakan sesuatu yang kasar terhadap saya yang saya tidak suka. Beliau segera menyedari keadaan itu dan berkata kepada saya, "Engkau pun katakanlah perkataan itu kepada saya supaya menjadi balasan terhadap saya.

Saya enggan mengatakan perkataan itu. Maka beliau pun berkata, "Sama ada engkau katakan perkataan itu kepada saya atau pun saya akan pergi dan ajukan perkara ini kepada Rasulullah s.a.w,
Saya tetap enggan daripada menyuarakan sebarang jawapan. Lantas beliau telah bangun dan terus pergi. Beberapa orang daripada Banu Aslam datang dan berkata, "Adakah ini satu perbuatan yang wajar? Dia yang membuat kesilapan dan dia juga yang Ingin adukan kepada Rasulullah s.a.w"

Saya menjawab, "Adakah kamu mengetahui siapa beliau? Beliaulah Hazrat Abu Bakar Siddiq: Sekiranya beliau merajuk denganku maka Rasul yang dikasihi Allah s.w.t juga akan memarahi aku. Dengan kemarahan Baginda s.a.w, Allah s.a.w juga akan memurkai aku. Jika demikian, tidak ada apa-apa keraguan lagi pada kebinasaan Rabi'ah."

Selepas itu saya pergi menemui Rasulullah dan menceritakan peristiwa tadi. Baginda s.a.w pun bersabda, "Tindakan kamu itu betul, memang sepatutnya engkau tidak menjawab dan tidak membalas terhadap, beliau. Cuma sebagai ganti katakanlah, "Wahai Abu Bakar, semoga Allah mengampuni kamu."

 

Keterangan

Demikian itulah sifat ketakutan Hazrat Abu Bakar r.a kepada Allah s.a.w. Beliau begitu risau dan mengambil berat tentang satu perkataan yang remeh sehingga pada mulanya beliau sendiri yang meminta supaya dibalasi dan kemudian dengan perantaraan Rasulullah s.a.w, beliau ingin supaya Hazrat Rabi'ah r.a mengambil tindakan balas. Pada hari ini, sungguhpun banyak perkataan yang kita ucapkan antara satu sama lain namun kita tidak pun terfikir yang kita akan dibalasi atau pun kita akan dihisab di akhirat nanti.

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”