DERMA KILAT - JUTAAN TERIMA KASIH

Alhamdulillan... Langganan hosting dan domain telah diperbaharui untuk 2 tahun. islam2u.net hoting plan (16/11/2016 - 15/11/2018). Manakala untuk Domain pula, next due 26/06/2018.

Jumlah yang diperlukan: RM590.00
Jumlah Sumbangan: RM 500.00

Penyumbang:
- Tuan Alfakir Billah
- Hamba Allah
- Infaq atas nama ayahanda (Allahyarham Hj Othman bin Lateh)
- Puan Rahmah
- Infaq ata nama ibunda (Allahyarhamah Arbayah bte bahron)
- Hamba Allah

Jazakumullah Khairan. Semoga Allah jualah yang membalas budi kalian. Semoga Allah melipat gandakan rezeki kalian dengan rezeki yang barokah.

Print
PDF

Sukarelawan Islam2u


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

Dan Dia, Allah yang Maha Tinggi kedudukanNYA lagi Maha Bijaksana.

Islam2U dengan rasa rendah hati menjemput barang sesiapa yang ingin menyumbangkan tenaga serta bakti kepada usaha ini. Pihak Islam2U memerlukan tenaga-tenaga sukarelawan untuk mengemaskini bahan-bahan rujukan seperti Hadits, kitab-kitab Feqah dan segala macam bahan-bahan rujukan agama dari file type PDF kepada type Doc untuk dimuatkan kedalam Islam2u. Oleh kerana kekurangan tenaga sukarelawan, banyak bahan-bahan rujukan yang hendak dimuatkan kedalam Islam2U masih lagi tersimpan, tidak dapat hendak di publish-kan.

Terlebih dahulu sepatah dua kata dan pengenalan mengenai  Islam2U.

Islam2U adalah web rujukan berkenaan Al-Quran dan Hadits, salinan semula terjemahan-terjemahan kitab-kitab feqah dan tassauf. Soaljawab-soaljawab agama dari ulama-ulama yang disepakati. Juga kisah-kisah tauladan dan biografi-biografi tokoh-tokoh Islam.

Islam2U bukanlah web Agama yang membahaskan masalah-masalah hukum dan bukan juga web pembela bagi sebahagian pendapat atau mazhab-mazhab tertentu. Pihak Islam2U mengambil pedekatan untuk mengarahkan hala tuju perjuangan Islam2U kepada sebuah arkib dan sumber rujukan semata-mata. Disamping itu semua bahan-bahan yang disiarkan di Islam2U tetaplah ditapis dan diteliti dengan bersungguh-sungguh. Jika terdapat bahan siaran didalam Islam2U ini datangnya dari karangan-karangan Ilmuan Islam yang disepakati sebahagian golongan, namun tidak disepakati sebahagian golongan yang lain. Itu bukanlah bermakna perjuangan dan fahaman Islam2U itu cenderung kepadanya. Dan tidak bersetuju dengan pendapat yang tidak sehaluan dengan tokoh tersebut.

Mungkin sahaja itu terjadi secara kebetulannya pihak Islam2U menyiarkan karangan beliau terlebih dahulu. Bukanlah bermakna Islam2U mengeraskan dalam menyepakati sesuatu pendapat itu.

Islam2U juga adalah sebuah web yang tidak mempunyai profit duniawi sama sekali. Ditubuhkan dengan tujuan mengharapkan redha Allah semata-mata. Nama anda tidak akan disiarkan. Tidak ada link-link peribadi. Tiada iklan dan sebagainya. Tiada penghargaan dan elaun atau saguhati atau juga gaji.

Diharap penjelasan ini dapat menunjukkan kepada sekelian pembaca bagaimanakah Islam2U ini, hala tuju dan pendiriannya. Dengan ini, bagi pihak Islam2U, saya menjemput kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbangkan tenaga kepada usaha kebaikan ini. Semoga kita sama-sama akan memperoleh keredhaan Allah didunia dan akhirat. Dijauhkan dari sesuatu yang sia-sia. Dipelihara dari perkara-perkara yang tercela.

Saya berpesan kepada diri sendiri dan kepada saudara-saudara saya kearah amal yang ikhlas kerana Allah.

Secara khusus ada keuntungan bagi orang-orang yang “hidden”. Dalam hadits Mu’adz, Rasulullah SAW bersabda;

 “Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan, bertaqwa dan yang menyembunyikan amalnya. iaitu orang-orang yang jika tidak hadir mereka tidak dicari, dan jika hadir mereka tidak dikenal. Hati mereka adalah pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap tempat yang gelap.”


Wassalam.

Kepada yang berminat. Sila hantar permohonan anda di sini. Dan sertakan sekali maklumat-matlumat mengenai anda seperti dibawah:

  1. Nama: __________________________
  2. Email: __________________________
  3. Pilihan Username: _________________ (4-10 character)
  4. Pilihan Password: _________________ (4-10 character)
  5. Bidang kemahiran: ___________________ (contoh: it, grafik, editing, penulisan, feqah, tasauf dan sebagainya. *Ini bukanlah untuk kami menilai sejauh mana kepakaran anda dalam bidang tersebut, tetapi hanyalah untuk memudahkan dalam hal pembahagian task yang diperlukan. Tiada kepakaran apa-apa pun tidaklah menjadi satu kesalahan.)
  6. ID YahooMessanger: __________________

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”