Print
PDF

Doa kerana Ketindihan

Bila anda dalam tidur dan terasa ditindih oleh sesuatu, beerti syaitan sedang berusaha menguasai anda. Maka bacalah doa ini untuk meminta perlingdungan dari godaan syaitan yang terkutuk.

Sabda Nabi saw. dari Ammru bin Shuib, dari bapanya, dari datuknya:

Doa kerana ketindihan

Ertinya:

"Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya, dan daripada kejahatan hamba-hambaNya dan daripada syaitan yang akan mengganggu aku"

(Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”