Print
PDF

Shahih Bukhari (English)

FILE : PDF

Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!" (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

DOWNLOAD


Print
PDF

Mengumpat yang diharuskan

Kita selalu takut untuk mendedahkan keJAHATAN orang lain itu kerana takut dimusuhi, kerana takut dibenci oleh sesetengah golongan. Dan kita memberi alasan konon TAK MAHU MEMBUKA KEJAHATAN DAN AIB SAUDARA SENDIRI. Tapi tahukah kita jika KEJAHATAN ITU MELIBATKAN RAMAI ORANG LAGI YANG BAKAL DIZALIMI. Maka itu KEJAHATAN YANG WAJIB dibuka?


Berkata Imam Nawawi rahmatullah’alaih.: Ketahuilah! Sesungguhnya mengumpat ada juga yang dibenarkan kerana tujuan yang benar lagi disyariatkan yang tidak boleh dihasilkan melainkan dengan mengumpat. Ia terdapat pada enam sebab.


1- Pengaduan penganiayaan.


Maka harus bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang dikenakan keatasnya kepada Sultan atau hakim atau sebagainya daripada orang-orang yang berkuasa untuk menyekat kezaliman tadi. Contohnya dia berkata: Si pulan ini telah menzalimiku dengan begini-begini.

Print
PDF

Soal Jawab Agama Dr Asri - Hukum-Hakam Berbuka Puasa Semasa Musafir

Hukum-Hakam Berbuka Puasa Semasa Musafir

Soalan
: Assalamualaikum Dr yang dihormati, saya terlibat dengan tugasan kerja yang boleh dikatakan kebanyakan hari saya ‘out station’ yang membabitkan perjalanan yang jauh. Kadang-kadang keluar negara. Oleh kerana saya musafir, saya solat jamak dan qasar. Saya baca al-Quran (terjemahan) menyatakan orang musafir pun boleh buka puasa. Saya rasa kadang-kadang amat letih dalam tugas, memang rasa nak buka puasa. Cuma ada orang beritahu saya bahawa orang yang kebanyakan hari musafir seperti pilot kapalterbang atau driver bas tidak boleh buka puasa. Ada pula kata tak boleh buka melainkan jika betul ‘dah teruk’. Lepas itu jika buka pun sekali makan sahaja, lepas itu tidak boleh makan lagi kerana menghormati bulan puasa. Betulkah Dr huraikan masalah ini?

Sham, Seremban.

Jawapan

Dr MAZA: Wa’alaikumussalam wbt, saudara Shams. Islam adalah agama Allah yang memberikan kemudahan kepada penganutnya. Ia bukan syariat yang membebankan, bahkan ia satu syariat yang penuh rahmah untuk membolehkan penganutnya taatkan Allah dalam kadar yang mereka mampu. Solat jamak dan qasar, begitu juga iftar (berbuka puasa) semasa musafir adalah antara ‘rukhsah’ (kelonggaran) yang Allah berikan untuk hamba-hambaNya. Berhubung dengan hukum berbuka puasa semasa bermusafir maka saya jawab seperti berikut;

Print
PDF

Soal Jawab Agama Dr Asri - Sahur Dan Hukum Yang Berkaitan Dengannya

Sahur Dan Hukum Yang Berkaitan Dengannya

Soalan
: Dr Asri yang dihormati, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan. Saya tinggal serumah dengan beberapa orang kawan. Ada kalangan kami yang berpuasa tetapi selalu tidak bangun sahur. Katanya ‘dia tahan’ walaupun tak bersahur. Ada yang sahur terlalu awal, seawal jam 2 pagi. Ada yang sahur ‘siap-siap’ sebelum tidur kerana malas hendak bangun. Ada yang jika bangun hampir waktu subuh, dia kata dah tamat waktu sahur, sekalipun belum azan lagi, dia tetap tak mahu sahur. Saya cuba berikan nasihat kepada kawan-kawan sekadar yang saya faham. Bolehkah Dr Asri nasihatkan kami apa yang terbaik?

Mizan, KL.

Jawapan

Dr MAZA : Selamat menyambut Ramadan semoga kita semua dirahmati Allah. Alhamdulillah, saudara dan sahabat-sahabat saudara berpuasa. Ini menandakan tanggungjawab sebagai muslim masih lagi kuat dalam jiwa saudara-saudara sekelian. Puasa adalah ibadah yang melambangkan keikhlasan. Jika seseorang itu benar-benar berpuasa, tanda adanya keikhlasan yang besar dalam penghayatan Islamnya. Saudara pula merupakan sahabat yang baik, yang mempunyai kesedaran bagi diri sendiri dan juga rakan-rakan untuk mengamalkan amalan yang menepati sunnah Nabi s.a.w Semoga Allah membanyakkan pemuda seperti saudara dan diberikan pahala yang besar. Adapun persoalan saudara tentang sahur itu, maka saya jawab berdasarkan beberapa perkara berikut;

Print
PDF

Soal Jawab Agama Dr Asri - Kekeliruan Tentang Solat Tarawih

Soalan : Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian?

Khir, Shah Alam.

Jawapan

Dr MAZA: Saudara, semoga kita semua menyambut kedatangan Ramadan kali ini dengan ibadah yang diterima Allah. Semoga jiwa kita semua penuh keikhlasan dan kasih-sayang sesama muslim. Malang sekali, fanatik atau taksub telah melahirkan penceramah-penceramah yang ‘terbabas’ sehingga berbicara apa sahaja yang dia suka tanpa menyemak terlebih nas-nas yang sabit. Untuk soalan saudara saya sentuh beberapa perkara berikut;

Sepatah dua kata...

Segala puji bagi Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, kaum kerabat baginda serta sahabat-sahabat beliau.

Pertama sekali kami mengucap syukur diatas kurnia Allah kerana telah memilih kami untuk mengerjakan pekerjaan yang teramat tinggi ini (dakwah). Dan sujud serta insaf kami di atas segala kelemahan dan kedaifan diri. Dengan ilmu pengetahuan yang amat sedikit ini kami telah cuba dengan sedaya upaya kami untuk melahirkan sebuat halaman web yang menggandungi sebanyak dan sebaik mungkin berkenaan dengan Islam yang suci ini.

Kami memohon kepada Allah agar menerima amalan yang sedikit ini untuk dijadikan bekal ke kampung halaman(akhirat) tetap nanti. Dan kami telah sedaya upaya mencuba menyalin dengan sebaik mungkin agar tidak berlaku apa-apa kesalahan. Dan juga memastikan sumber dan sanad yang sahih. Juga tidak sedikit bahan-bahan yang terkandung disini di salin secara terus dari halaman-halaman web yang telah terlebih dahulu menjunjung sabda Nabi: “sampaikan walau satu ayat”. Tetapi tidaklah kami siarkan nama-nama perjuang itu dengan niat hendak menjaga amal mereka.

Kepada Tuan-Tuan yang lebih arif mengetahui, tegurlah kami seandainya terdapat salah dan silap dalam usaha ini menggunakan borang Contact Us, Dan panjangkanlah. Sesungguhnya sebaris peringatan yang baik itu lebih bernilai dari dunia dan seisi-isinya.

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”