Print
PDF

Bab1 Mula-mula Wahyu Turun - Hadis Rasulullah saw

Terjemahan Hadis dari Shahih Bukhari Bab: Mula-mula Wahyu Turun

1.      1. Dari Umar bin Khathab r.a.1) katanya dia mendengar Rasulullah saw.2) bersabda: “ Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan basi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.”

Print
PDF

Doa Selepas Makan

Dari Ibni Said, sabda Nabi saw.:

Ertinya:

"Segala pujian bagi Allah yang telah memberi makanan dan  minuman kepada kami, dan yangtelah menjadikan kami orang-orang muslim."

(Riwayat Abu Daud)

Peringatan:

1. Mengisi makanan dan minuman serta makan dan minum itu sendiri hendaklah dengan tangan kanan. Kerana syitan makan dengan menggunakan tangan kiri.

2. Jangan bernafas waktu minum dan jangan meniup makanan/minuman yang panas.

Print
PDF

Doa Sebelum makan

Segala syukur kepada Allah swt yang telah melimpahkan nikmat kepada kita yang berupa makanan yang lazat-lazat, dan tubuh badan yang sihat. Berdoalah sebelum kita menjamah sesuatu juadah makanan itu.

Hadis dari Amru bin al-'As, sabda Nabi saw.:

Ertinya:

"Ya Allah, berkatilah rezeki kami dengan apa yang kau telah berikan kepada kami dan jauhi dari seksa neraka. Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."

(Riwayat Ibnu Sunni)

Print
PDF

Doa Sukar Tidur

Bila anda  sukar tidur, mungkin kerana fikiran anda sedang tergangu, bacalah doa ini:

Dari Zaid bin Thabit, sabda Nabi saw:

Doa susah tidur

Ertinya:

"Ya Allah, sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata. Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku".

(Riwayat Ibnu Sunni dan Tabarani)

Print
PDF

Doa Bangun Tidur

Maha Pemurahnya Allah yang telah menidurkan anda dengan selamat, kemudian menyedarkan anda kembali pada saat-saat anda menghajatkan untuk bangun dari tidur.

Kemurahan Allah ini patut kita syukuri. Untuk mensyukuri kemurahan Allah tersebut bacalah doa ini bila anda bangun dari tidur.

Dari al-Barra', sabda Nabi saw:

Doa Bangun Tidur

 

Ertinya:

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita sesudah mematikan, dan kehadapanNya kita akan kembali".

(Riwayat Muslim)

Print
PDF

Doa Keluar Tandas

Setelah keluar dari tandas bacalah doa ini:

Hadis dari Ibnu Umar, sabda Nabi saw:

Ertinya:

"Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku."

(Riwayat Ibnu sunni dan al-Tabarani)

Sepatah dua kata...

Segala puji bagi Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, kaum kerabat baginda serta sahabat-sahabat beliau.

Pertama sekali kami mengucap syukur diatas kurnia Allah kerana telah memilih kami untuk mengerjakan pekerjaan yang teramat tinggi ini (dakwah). Dan sujud serta insaf kami di atas segala kelemahan dan kedaifan diri. Dengan ilmu pengetahuan yang amat sedikit ini kami telah cuba dengan sedaya upaya kami untuk melahirkan sebuat halaman web yang menggandungi sebanyak dan sebaik mungkin berkenaan dengan Islam yang suci ini.

Kami memohon kepada Allah agar menerima amalan yang sedikit ini untuk dijadikan bekal ke kampung halaman(akhirat) tetap nanti. Dan kami telah sedaya upaya mencuba menyalin dengan sebaik mungkin agar tidak berlaku apa-apa kesalahan. Dan juga memastikan sumber dan sanad yang sahih. Juga tidak sedikit bahan-bahan yang terkandung disini di salin secara terus dari halaman-halaman web yang telah terlebih dahulu menjunjung sabda Nabi: “sampaikan walau satu ayat”. Tetapi tidaklah kami siarkan nama-nama perjuang itu dengan niat hendak menjaga amal mereka.

Kepada Tuan-Tuan yang lebih arif mengetahui, tegurlah kami seandainya terdapat salah dan silap dalam usaha ini menggunakan borang Contact Us, Dan panjangkanlah. Sesungguhnya sebaris peringatan yang baik itu lebih bernilai dari dunia dan seisi-isinya.

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”