Print
PDF

ANTARA ANJING DGN AWEK CUN

ANTARA ANJING DGN AWEK CUN

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".


Print
PDF

5 cara memilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :

Pertama:
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan...

Kedua:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Print
PDF

Jatuh cinta pada seseorang tetapi tak berbalas

Jatuh cinta pada seseorang tetapi tak berbalas

Pertanyaan : Saya jatuh cinta pada seorang gadis tetapi dia tidak dapat menerima saya, jadi apa yang patut saya lakukan ?

Al-jawab :

1. Secara lumrah, seseorang itu akan jatuh cinta dengan bersebab, dalam kes ini mungkin saudara jatuh cinta kepada gadis tersebut kerana kecantikannya atau kerana sesuatu yang terdapat pada dirinya. Sebaliknya si gadis itu pula tidak dapat menerima saudara kerana sesuatu 'kekurangan' yang terdapat pada diri saudara seperti hodoh, miskin, perangai tidak senonoh atau kerana saudara tidak memiliki sesuatu 'kelebihan' yang dimahukan olehnya baik kacak, kaya atau berilmu.

Print
PDF

Persoalan Jatuh Talak

Persoalan Jatuh Talak


1. Bagaimanakah yang dimaksudkan sebagai jatuh talaq?
2. Apakah talaq boleh berlaku dalam keadaan separa sedar? Contohnya ketika dalam keadaan terlalu mengantuk, pening, fikiran merawang dan sebagainya?
3. Adakah melawak untuk hantar pulang (bukan ke rumah ibunya) juga boleh dijadikan sebagai jatuh talaq?

Print
PDF

Hadits Palsu - Dialog Rasulullah dengan Iblis

Hadits Palsu - Dialog Rasulullah dengan Iblis

Beredar sangat banyak dan sudah lama, hadits tentang dialog antara Rasul mulia dan Iblis terlaknat. Sebagian masyarakat menganggap bahwa isinya baik dan bermanfaat sehingga layak disebarkan padahal hadits ini adalah hadits palsu dan dusta atas nama Nabi dan berisi hal yang bahaya dan mencederai Rasulullah dan shahabat.

Jangan disebarkan kecuali untuk mengingatkan kepada masyarakat bahwa hadits ini palsu dan dusta!

Berikut ini saya sertakan kajian tiga ulama dunia tentang hadits ini:

Print
PDF

HUKUM MENJAWAB SALAM KETIKA SOLAT

HUKUM MENJAWAB SALAM KETIKA SOLAT


Soalan:

Assalamu'alaikumu Ustazah, saya nak tanya, apakah hukum memberi salam kepada orang yang sedang solat? Dan jika orang bagi salam ketika kita sedang solat, wajibkah kita menjawabnya?

Syukran Ustazah/Ustaz

Jawapan:

Wa'alaikumus-salam wr.wb.

Kebanyakan  ulama’ berpendapat,  harus memberi salam kepada orang yang sedang solat jika diyakini tidak mendatangkan kekeliruan kepadanya atau menyebabkan solatnya batal. Umpamanya memberi salam kepada orang yang tidak tahu hukum. Dia menyangka, bila orang beri salam, dia wajib jawab. Maka diapun jawab dengan perkataan. Batallah solatnya. Dalam keadaan ini, tidak harus memberi salam kepadanya.

Sepatah dua kata...

Segala puji bagi Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, kaum kerabat baginda serta sahabat-sahabat beliau.

Pertama sekali kami mengucap syukur diatas kurnia Allah kerana telah memilih kami untuk mengerjakan pekerjaan yang teramat tinggi ini (dakwah). Dan sujud serta insaf kami di atas segala kelemahan dan kedaifan diri. Dengan ilmu pengetahuan yang amat sedikit ini kami telah cuba dengan sedaya upaya kami untuk melahirkan sebuat halaman web yang menggandungi sebanyak dan sebaik mungkin berkenaan dengan Islam yang suci ini.

Kami memohon kepada Allah agar menerima amalan yang sedikit ini untuk dijadikan bekal ke kampung halaman(akhirat) tetap nanti. Dan kami telah sedaya upaya mencuba menyalin dengan sebaik mungkin agar tidak berlaku apa-apa kesalahan. Dan juga memastikan sumber dan sanad yang sahih. Juga tidak sedikit bahan-bahan yang terkandung disini di salin secara terus dari halaman-halaman web yang telah terlebih dahulu menjunjung sabda Nabi: “sampaikan walau satu ayat”. Tetapi tidaklah kami siarkan nama-nama perjuang itu dengan niat hendak menjaga amal mereka.

Kepada Tuan-Tuan yang lebih arif mengetahui, tegurlah kami seandainya terdapat salah dan silap dalam usaha ini menggunakan borang Contact Us, Dan panjangkanlah. Sesungguhnya sebaris peringatan yang baik itu lebih bernilai dari dunia dan seisi-isinya.

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”